Mesyuarat Agung Permulaan Koperasi Wanita Unggul Bandar Ipoh Berhad yang telah dipengerusikan oleh Pn.Zuraida Binti Zulkepli.
Mesyuarat yang telah dihadiri seramai 27 orang bakal anggota Koperasi ini berlangsung pada Tarikh: 26hb.Januari 2025 di Dewan Mukim Hulu Kinta (Lahat),Kg Pengkalan Pegoh,Ipoh Perak.
Syukur,Mesyuarat telah berjalan dengan lancar dan tersusun di mana pada sebelah pagi acara dimulakan dengan taklimat ringkas dari SKM dan di sampaikan oleh En.Muhammad Akmal Bin Ibrahim Penolong Pengarah SKM Wilayah Negeri.Turut hadir En.Sharul Baha Bin Abd Rahman Pengerusi Pubi Perak & Kopubi Perak Bhd, En.Haizul Fakarudin Bin Mohamed Redzuan Setiausaha Pubi Perak & Kopubi Perak Bhd dan En.Mohammad Nafis Bin Zamah Sari Bendahari Pubi Perak.
Terima kasih kepada semua bakal anggota Koperasi Wanita Unggul Bandar Ipoh Berhad yang telah hadir pada mesyuarat agung ini dan setinggi-tinggi tahniah juga buat 6 orang Ahli Lembaga Pengarah Koperasi yang telah dilantik.
Semoga dengan pelantikan Ahli Lembaga Pengarah KOWUBI Bhd ini akan memantapkan lagi KOWUBI Bhd dan sukses, berjaya menjadi Koperasi Wanita contoh di Negeri Perak ini.






12hb Februari 2025 Kowubi Berhad telah selesai menghantar minit mesyuarat agung pertama 26hb Januari 2025 yang lalu, borang pendaftaran dan dokumen-dokumen yang diperlukan.Sama-sama doakan semoga segala urusan dipermudahkan dan diterima dengan baik.






07hb Mei 2025 Kowubi Berhad telah lulus didaftarkan.Satu Koperasi untuk Wanita-wanita di Perak.
Semoga dipermudahkan dan diterima Wanita-Wanita Perak dengan baik






12/5/2025
Mesyuarat Pertama ALK KOWUBI
Membincangkan hala tuju KOWUBI dan Hal-Hal lain untuk memulakan langkah demi langkah yang akan datang.Moga Koperasi untuk Wanita Perak Berjaya satu hari nanti.Marilah wanita-wanita Perak kita sama-sama menjayakan KOWUBI






Produk UTAMA KOWUBI di ketengahkan buat pertama kalinya dengan menyertai BAZANITA Jpw Perak selama 3 hari (21-23/5/) 8pagi - 5ptg di UTC Ipoh,Perak.
Terima kasih pada pengujung yang sudi membeli Ikan Rebus,kami juga menerima tempahan ikan rebus yang siap di buang isi perut,Hubungi Nama dan No Talipon seperti diatas.






4/6/25
Membuka akaun Bank Kowubi di Co- OpBank untuk memudah segala urusan yang berkaitan dengan Wang Ringgit dimasa akan datang.
satu demi satu urusan KOWUBI diuruskan hingga selesai semua barulah buka utk pendaftaran KeAnggotaan.






PROGRAM KOP- TUNAS PERAK( 23-26/6/25) Program Khas untuk KOPERASI baru ditubuhkan..
Hari Pertama:
1.Asas Berkoperasi
2.Pentadbiran Koperasi
3.Perundangan Koperasi
4.Penyedian Aturan Koperasi
Hari Kedua
1.PENETAPAN VISI,MISI & OBJEKTIF
2.ANALISA SWOT
3.KANVAS MODEL PERNIAGAAN
4.DOKUMENTASI,PROFIL,VISI,MISI,OBJEKTIF,SWOT & BMC
Hari keTiga :Perakaunan Koperasi
Hari Ke Empat:
*PENGURUSAN DATA KOPERASI
*PEMASARAN DIGITAL














Diharidiri oleh Pengerusi Kowubi Puan.Jamaliah Binti Md Yatim( Sis Lea)dan Bendahari( Nor Azlina) ke Taklimat untuk koperasi-koperasi baru anjuran Angkasa..Menimba ilmu-ilmu berkaitan perjalanan koperasi.






KOWUBI Hadir ke Program Advokasi Kesejahteraan untuk wanita
untuk wanita anjuran Jabatan Pembangunan Wanita






11/9/2025 tepat 8.30 malam ALK KOWUBI bermesyuarat online,KOWUBI bercadangan akan menjalankan Program Penjualan Rahmah.
Telah mendapat kata sepakat tarikh dan tempat yang akan diadakan nanti..




KOPERASI WANITA UNGGUL BANDAR IPOH berpeluang membuka booth program di PETANQUE ANGKASA anjuran ANGKASA MALAYSIA untuk anggota KOWUBI,,KOWUBI menjual Ikan Lengat@Rebus,mempromosi dan menjual produk-produk anggota.
Terima Kasih Yang Berhormat Dato’ Salbiah binti Mohamed, Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga,Masyarakat, Pembangunan Usahawan dan Koperasi. sudi singgah ke Booth KOWUBI














25/9/2025 - ALK memproses Produk Koperasi untuk jualan








Jualan Produk KOWUBI di Angkasa,Kelana Jaya.
Program JUALAN PRODUK KOPERASI WANITA ANGKASA










27/9/25 Mesyuarat KOWUBI ke2-masa :9.00 malam - 11 malam
Berbincangkan hala tuju KOWUBI dan Kebajikan Anggota,


02/10/2025- Lawatan Halal Angkasa utk Pensijilan Halal Produk Koperasi ke Bengkel Koperasi Wanita Unggul Bandar Ipoh Berhad. Pn Fadzilah Arshad, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa ANGKASA Negeri Perak turut turun padang support Koperasi Wanita dari Negeri Perak
Terima Kasih atas sokongan






07/09/2025 - Keluarga KOWUBI Memproses Ikan Rebus






Terima Kasih Yang Berhormat Dato’ Salbiah binti Mohamed
Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga,Masyarakat, Pembangunan Usahawan dan Koperasi sudi singgah ke Booth KOWUBI
COOP FEST 2025 pada 11&12/10/25 di Arena Square Batu Gajah,Perak..










Kowubi Menghantar 2 JAD Cik Atilia dan Puan.Marziana Ke Bengkel FAST Pembangunan Program AUDIT Anjuran IKMA di Bangi Resort Hotel (22-24/10/25) untuk menjalani tugas-tugas sebagai seorg JAD(JURU AUDIT DALAMAN KOWUBI












Program Jualan Rahmah Madani pada 16/11/25 9pagi - 4ptg telah berlangsung dengan sempurna.
Pihak kami merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada para pengunjung yang hadir serta membuat pembelian.
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam pelaksanaan Program Jualan Rahmah Madani (PJRM).
Komitmen, kerjasama dan dedikasi yang ditunjukkan amat luar biasa dan menjadi faktor utama kejayaan program ini.
Terima kasih kepada ALK² yang bekerja tanpa mengira masa demi memastikan kelancaran operasi.
Sumbangan ALK semua benar-benar semangat berkhidmat untuk masyarakat.Terima kasih atas usaha cemerlang yang telah diberikan.Semoga penawaran barangan dapur pada harga berpatutan ini memberi manfaat dan meringankan perbelanjaan harian tuan-tuan dan puan-puan.
Sekian, terima kasih atas sokongan yang berterusan.”




















Jemputan ke Majlis Libat Urus dan Apresiasi Pembangunan Wanita,keluarga & Kebajikan Masyarakat Negeri Perak 21/11/25 - WEIL HOTEL tahun 2025 Anjuran Sekretariat Pembangunan Wanita & Masyarakat Negeri Perak.Terima Kasih Yang Berhormat Dato’ Salbiah binti Mohamed, Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga, Masyarakat, Pembangunan Usahawan dan Koperasi.Yang Berusaha Encik Mohamad Rozlan bin Mohamad Rozalli, Pengarah Sekretariat Usahawan Negeri Perak (STeP),Yang Berusaha Encik Firdaus bin Hussin, Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Negeri Perak,












Pada 24hb November 2025, Koperasi Wanita Unggul Bandar Ipoh Berhad (KOWUBI) berbesar hati menerima kunjungan daripada Puan Feeza, wakil Institut Koperasi Malaysia (IKMA).
Program ini telah dihadiri oleh barisan kepimpinan KOWUBI yang diketuai oleh Pn.Jamaliah Bt Md Yatim Pengerusi Kowubi Berhad, Pn.Zuraida Bt Zulkepli Timbalan Pengerusi Kowubi Berhad, Pn.Norfaizatul Baizura Ezlin Setiausaha Kowubi Berhad, Pn.Nor Azlina Bt Omar Bendahari Kowubi Berhad, Puan Aini Suryana Bt Zaini dan Cik Puan Amelia Bt Abdan Ahli Lembaga Kowubi Berhad
Kunjungan ini diadakan sempena pelaksanaan Program Pemasaran Sosial yang bertujuan memperkukuhkan kelestarian sosial koperasi wanita di Malaysia.
KOWUBI amat berbangga kerana terpilih sebagai salah satu koperasi yang mendapat bimbingan langsung daripada IKMA. Sokongan dan kepercayaan ini menjadi pemangkin untuk KOWUBI terus melangkah lebih jauh, membina kapasiti, memperkukuhkan strategi pemasaran serta meningkatkan impak kepada komuniti wanita.
Terima kasih Puan Faeza (IKMA) atas kesudian hadir dan memberi pencerahan.
KOWUBI komited untuk terus bergerak maju demi kesejahteraan dan pembangunan wanita setempat.
Terima Kasih IKMa kerana memilih KOWUBI yang masih baru ini
























Tarikh : 11-12/12/2025 - Tempat : Regency Hotel, Ipoh, Perak - KOWUBI terpilih untuk kursus Pembangunan Laman Web yg diajurkan oleh IKMa,
Puan Jamaliah dan Puan Zuraida mewakili KOWUBI menghadiri Kursus Pembangunan Laman Web KOWUBI di Tower Regency, Ipoh sebagai usaha memperkukuh keupayaan digital koperasi.Pembangunan laman web ini dijangka meningkatkan penyampaian maklumat, memantapkan imej korporat KOWUBI serta memudahkan akses ahli kepada perkhidmatan dan makluman rasmi.Kami akan menambah baik laman web perlahan-lahan dengan ilmu yg kami dapat selama 2 hari di Tower Recency,Ipoh.
Terima Kasih Yang Berhormat Dato’ Salbiah binti Mohamed, Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga, Masyarakat, Pembangunan Usahawan dan Koperasi.
Yang Berusaha Encik Mohamad Rozlan bin Mohamad Rozalli, Pengarah Sekretariat Usahawan Negeri Perak (STeP),
Yang Berusaha Encik Firdaus bin Hussin, Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Negeri Perak,
atas Geran GKOOP URUS utk KOWUBI yang baru nak menapak.
Syukur Alhamdulillah tercipta sejarah pada 14/12/2025 di Dewan Kerian Permai,Parit Buntar,








